Ratu Balqis Berhenti Meratapi Penceraian
Ratu Balqis enggan meratapi kisah penceraiannya, kini bangkit dengan single baharu bertajuk Buaya.
Katanya dia kini lebih bersemangat kerana lagu tersebut menjadi titik tolak dirinya untuk terus maju dalam bidang nyanyian.
Bekas peserta program realiti Mentor Milenia 2017 itu berkata kepada Berita Harian,
Related
"Saya tak mahu bersedih dan semakin fokus dengan kerjaya. Single Buaya adalah bukti saya serius untuk terus menyanyi. Jujurnya, nyanyian adalah jiwa saya.
"Saya menunggu hampir 10 tahun untuk menghasilkan single. Saya pernah menyertai banyak syarikat rakaman, tetapi semuanya tak menjadi selepas keluar program Mentor Milenia pada 2017. Alhamdulillah, sekarang baru berpeluang ada single sendiri."Ratu Balqis enggan meratapi kisah penceraiannya, kini bangkit dengan single baharu bertajuk Buaya.
Katanya dia kini lebih bersemangat kerana lagu tersebut menjadi titik tolak dirinya untuk terus maju dalam bidang nyanyian.
Bekas peserta program realiti Mentor Milenia 2017 itu berkata kepada Berita Harian,
"Saya tak mahu bersedih dan semakin fokus dengan kerjaya. Single Buaya adalah bukti saya serius untuk terus menyanyi. Jujurnya, nyanyian adalah jiwa saya.
"Saya menunggu hampir 10 tahun untuk menghasilkan single. Saya pernah menyertai banyak syarikat rakaman, tetapi semuanya tak menjadi selepas keluar program Mentor Milenia pada 2017. Alhamdulillah, sekarang baru berpeluang ada single sendiri."
Dia juga turut berterima kasih kepada pengurunya kerana membantu mengembalikan fokusnya selepas mendiamkan diri selama dua tahun.
"Saya kerap memuat naik lagu saduran menerusi laman Instagram sejak Februari lalu. Dari situ, Firdaus mempelawa saya untuk merakamkan lagu. Dialah yang mencari lagu untuk saya dan banyak menolong sehingga berjaya mengeluarkan single Buaya.
"Saya berterima kasih kepada Mimi Fly kerana sudi bekerjasama dengan saya. Bekerja dengan Mimi Fly sangat mudah dan single Buaya dapat dihasilkan dalam tempoh sebulan sahaja."
Namun Balqis menafikan lagu Buaya itu adalah berkisahkan tentang bekas suaminya.
"Sudah tentu ia dari pengalaman sebagai wanita. Takkanlah seseorang tak pernah berjumpa dengan buaya?. Sememangnya, lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman saya, tetapi orang yang dimaksudkan bukan bekas suami."