Nikah Bukti Jadi Wanita Terhormat, Bintang Bigo Key Ikeyda Kahwin Sesama Jenis
Rabu, 12 November 2014
Edit
Dunia hiburan Indonesia digemparkan dengan berita perkahwinan sejenis selebriti media sosial Bigo, Key Ikeyda.
Key Ikeyda mencetuskan kekecohan dan kemarahan ramai apabila memuat naik momen dalam majlis akad nikah dengan pasangannya yang juga seorang lelaki.
Justeru, orang ramai mendakwa tindakannya adalah perbuatan salah apatah lagi perkahwinannya itu tidak sah dan meminta dia bertaubat.
"Jujur saya bukan perempuan pada lazimnya seperti perempuan lain atau kalian yang sempurna. Saya bukan perempuan yang sempurna sejak lahir.
"Saya berusaha menjadi wanita sempurna di mata Allah, keluarga dan masyarakat. Dan bagi saya, pernikahan bukan perkara main-main," katanya menerusi satu video dimuat naik di Instagramnya.
Katanya, dia tidak kisah jika ada yang mengatakan pernikahannya tidak sah kerana dia bukan seorang yang bodoh tidak tahu peraturan dan dia tahu apa perlu dilakukannya.
Katanya, dia memerlukan sokongan semua masyarakat bagi membuktikan pernikahannya ini adalah titik akhir untuk dia menjadi wanita terhormat.