Wakil Rakyat 'Kantoi' Layan Gambar Lucah Ketika Sidang Parlimen


Seorang wakil rakyat Thailand mencetuskan kontroversi apabila 'kantoi' melihat gambar lucah di telefonnya ketika sidang parlimen berlangsung.

Ronnathep Anuwat sepatutnya memberikan perhatian kepada pembentangan bajet namun dikesan melayari laman web lucah hampi 10 minit.

Bangkok Post  melaporkan, insiden tersebut telah mengejutkan wartawan yang jelas dapat melihat tindakan tidak bermoral itu.

Difahamkan Ronnathep melihat gambar pwanita wanita bogel manakala seorang lagi baring di katil tanpa baju. Satu lagi gambar menunjukkan seorang wanita menunjukkan kemaluannya.

Ronnathep kemudainnya mengaku perbuatanya itu dan memeberi alasan pelik dengan mendakwa menerima mesej di aplikasi Line daripada seorang gadis yang meminta pertolongan dan memerlukan wang.

Dia juga mendakwa melihat gambar tersebut dengan terperinci untuk memeriksa latar belakang bagi mengetahui adakah gadis tersebut benar dalam bahaya.

Dia mengatakan ingin 'memerhatikan keadaan persekitaran gadis itu dalam gambar'.

Menurut sumber wakil rakyat itu telah dipanggil oleh pegawai kerajaan namun tiada sebarang tindakan dikenakan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel