Meramas-ramas Di Laman Sosial, Suami Isteri Kena Tahan


Dah buat perlakuan tak senonoh kemudian viralkan di laman sosial, pastinya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna lain. Lebih-lebih lagi ia dilakukan di negara konservatif.

Hasilnya, pasangan suami isteri ini ditahan di kediaman mereka di Kuwait selepas tularnya video mereka di Twitter, Mirror melaporkan.

Ia ada kaitan apabila video berkenaan mendapat kritikan hebat dan rasa kurang selesa di kalangan pengguna di negara Islam itu.

Menerusi video berkenaan, si suami dilihat menyikat sambil meramas-ramas rambut isterinya.

Malah, wanita itu pula sengaja menayangkan bentuk punggungnya dan turut membuat komen berbaur lucah dalam bahasa Arab.

Difahamkan, pihak polis mengkaji video itu dan mengenalpasti pasangan itu sebelum menahan mereka Selasa lalu.

Penahanan keduanya oleh pihak berkuasa Kuwait dilakukan dengan mendakwa mereka atas tuduhan melanggar norma kesopanan awam.

Isi kandungan video itu juga dikatakan bertentangan dengan norma kehidupan dan masyarakat di Kuwait.

Ada juga pihak yang berkata pasangan itu sengaja memuat naik video mereka bagi menimbulkan kritikan orang ramai terhadap mereka. Bagaimanapun, masih tidak pasti mengapa mereka berbuat demikian.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel