Diperkosa Bapa Enam Kali Lepas Minta Restu Nikah
Lelaki tergamak menodai anaknya selepas remaja berusia 17 tahun itu meminta izin untuk berkahwin dengan kekasihnya.
Kompas melaporkan, bukan sekali, namun enam kali suspek memperkosa mangsa di rumahnya.
Ketua Polis Daerah Tuban Ruruh Wicaksono berkata, aksi jijik suspek terbongkar apabila jirannya merakamkan kejadian sebelum membuat laporan polis.
Related
Difahamkan, segalanya bermula apabila mangsa mengunjungi suspek di rumahnya untuk meminta izin berkahwin.
Sejak ibunya meninggal dunia pada 2003, mangsa tinggal bersama neneknya di Senori, Tuban dan hanya menginap buat sementara di rumah bapanya.
Pertama kali suspek melakukan perbuatan itu ketika mangsa tidur bersama adik-adiknya di ruang tamu.
Suspek kemudian mengulangi perbuatannya di waktu dan hari berlainan hingga enam kali ketika rumah dalam keadaan sunyi tanpa mengira siang atau malam.
Suspek yang ditahan mengakui tidak dapat menahan nafsu selepas isteri keduanya meninggal dunia pada 2015.
Malah, suspek mengugut mangsa menuruti kemahuannya selain berjanji membelikan baju sebagai habuan. Namun, hingga kini suspek belum mengotakan janjinya.
Hasil pernikahan dengan isteri kedua, suspek memiliki seorang anak lelaki dan perempuan.