Cikgu Tersalah Hantar Video Lucah Ke Grup Whatsapp Ibu Bapa Murid
Seorang guru yang tersilao menghantar video lucah ke kumpulan WhatsApp yang disertai ibu bapa murid telah mencetuskan kekcohan.
Kejadian yang berlaku di Kintamani Bali itu menyaksikan video tersebut tidak dipadamkan selepas temph dua jam dan ini menyebabkan ibu bapa murid naik angin.
Mereka menyangka guru itu sengaja menghantar video sebegitu untuk tontonan pelajarnya.
Related
Ketua Polis Bangli, Asisten Komisioner Sulhadi berkata,
"Guru itu mengaku tidak sengaja menghantar video berkenaan dan sudah meminta maaf kepada ibu bapa.
"Kes ini diselesaikan secara baik dan tidak dilaporkan untuk tindakan lanjut pihak polis."
Kompas melaporkan, berdasarkan keterangan guru itu, dia menerima video tersebut dari kumpulan WhatsApp lain dan tidak sengaja berkongsinya ke kumpulan lain.
"Ketika itu, guru berkenaan sedang menyiapkan video berkaitan tugasan lukisan untuk pelajarnya.
"Selepas video itu selesai dirakam, guru berkenaan mahu menghantar video itu ke kumpulan WhatsApp yang disertai ibu bapa pelajar.
"Namun, secara tidak sengaja dia telah mengirim video tidak sopan itu."
Tambahnya lagi, guru terbabit tidak mengetahui cara untuk memadam video yang telah dihantar.
"Hampir dua jam video itu masih ada dan menyebabkan ibu bapa marah dengan apa yang berlaku serta membuat aduan ke pihak sekolah."
"Sebelum menghantar apa-apa video, pastikan kandungannya terlebih dahulu.
"Guru juga diminta tidak menyimpan bahan pornografi dalam telefon pintar masing-masing. Jika ada yang menghantar, perlu dipadam segera."