Betul ke sabun cuci Joy berupaya


1) Betul ke sabun cuci Joy berupaya membasuh pinggan dari Malaysia ke Singapura?

Jawapan: berlaku khilaf dan ia mempunyai dua pendapat berdasarkan situasi masing-masing.
a) Diorang cuma keliling Bukit Jalil je dan belum sampai ke singapura. Dan ukuran yang dilakukan ialah 6.8km yang bersamaan dengan panjang jalan start dari nak masuk tambak johor hinggalah ke kastam Singapura.
b) Jika benar pun mereka susun pinggan dari Johor ke Singapura, pihak kastam Singapura mungkin tak benarkan pinggan-pinggan tu melepasi sempadan kerana mereka tiada passport yang sah.

2) Kenapa ultraman tidak bawa powerbank ketika menjelma jadi ultraman sedangkan dia tahu dia hanya boleh jadi ultraman selama 3 minit sahaja?

Jawapan: Bateri yang dipakai oleh ultraman ialah dari jenis batu Kryptonite, yang tak boleh dicas secara manual, ianya akan tercas secara semula jadi selepas dibiarkan beberapa tempoh selepas ultraman jadi manusia balik. Arus elektrik dari powerbank tidak mampu untuk meresap dan mengecas batu tersebut pada capsul ultraman.

Adapun dakwaan mengatakan ultraman hanya boleh menjelma 3 minit sahaja adalah tidak benar bagi semua ultraman kerana ada ultraman yang boleh menjelma lebih lama dan ada yang selama-lamanya tubuh dia ultraman.

3) Benarkah jika tiada kicap jalen, semua urusan kena dibatalkan dan dihentikan serta merta?

Jawapan: Ya, benar, semua urusan di kilang syarikat Jalen kena diberhentikan serta merta. Tapi urusan itu tidak melibatkan pihak lain.

4) Benarkah Dragon Ball ada 7 biji semuanya?

Jawapan: tidak benar dan sangat salah. Kerana dragon ball ada 14 biji yang sebenar-benarnya. 7 dari bumi dan 7 dari planet nameck yang dibawa Pikor (komik) atau Picollo (kartun).

5) Benarkah jika menggunakan produk kecantikan di Televisyen akan menyebabkan orang kata pada kita "monggelnyaaaa..."

Jawapan: bergantung kepada tahap minda orang-orang yang berkata begitu

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel