Review Rancangan Tv Tahun ini

BAWANG SEGAR BAWANG KECUT

Mengisahkan Bawang segar yang hidup penuh sengsara gara2 adik tirinya,Bawang kecut. Bawang kecut berkolaborasi bersama ibunya, Rota membuli Bawang segar dgn begitu kijam. Bawang segar dipaksa mencukur bulu ketiak Bawang kecut, disuruh gigit tangan sendiri dan paling tragis,Bawang segar terpaksa mengorek idong Bawang kecut pada tiap2 pagi,kejam bukan??!!!Selain itu, boipren Bawang segar iaitu Ferdo Si Mata Bulat turut dirampas oleh Bawang kecut. Hidup Bawang segar sedikit berubah dengan kehadiran Puteri Lip Lap. Namun hanya sementara kerana Bawang kecut dan Rota berjaya mendapatkan pawang yang mampu menangkis kuasa sakti Puteri Lip Lap. Pawang itu adalah nenek Bertih Jagung. Bagaimanakah nasib Bawang segar??adakah akan terus malang???apakah dia akan terus merana??atau dia akan mencuba nasib dalam rancangan Bintang Cari Bintang??Nantikan siaran rancangan ini……….

SEMBILU KASIM

Hubungan rengang antara Fundi dan isterinya Fatty terus berlaku. Dodolina terus menggoda Fundi dengan cara yang mengghairahkan seperti membelanja Fundi makan nasik lemak Lentok di Keramat. Keadaan semakin runcing dengan kehadiran pak Kasim, tukang kebun di rumah Fundi dan Fatty. Fundi iri hati apabila Fatty sering menolong Pak Kasim memotong rumput, mencantas dahan pokok dan melastik burung di belakang rumah. Fundi berniat memecat Pak Kasim, tetapi dihalang Fatty. Bagaimanakah nasib Pak Kasim??adakah dia akan dipecat?sekiranya dipecat,adakah dia layak menerima pencen??Nantikan kesudahan kisah air mata ini……

ExploreRun (TAJAAN SYARIKAT TAMBANG MAHAL AYER ASIA)

Siri realiti yang menampilkan aksi berlari2 ini dijangka akan mendapat rating yang tinggi. Seramai 7 pasangan menyertai rancangan ini. Mereka dikehendaki berlari selama seminggu di sekitar Shah Alam TANPA HENTI bagi merebut wang tunai sebanyak RM40 hengget dan pakej melancong ke Bagan Lalang selama 2 hari (sarapan disediakan). Pelbagai aksi mendebarkan dapat dilihat semasa peserta2 melaksanakan tugasan masing2. Antaranya peserta dilanggar mat rempit dan tali kasut yang terbuka semasa mereka sedang asyik berlari,sungguh menyeramkan. Siapakah yang dapat bertahan?atau kesemuanya kojol menjelang hari ke-4??Rancangan ini dihoskan oleh bekas setiausaha pertahanan Amerika, Donalds Rumsfeld.

SITI NORBAYA MENCARI BINTANG (TAJAAN SYAMPU PANTUN)

10 gadis dipilih dari ribuan yang menghadiri uji bakat dan seorang akan dipilih menjadi duta baru syampu Pantun. Artis keroncong nombor satu tanah air, Siti Norbaya akan menggunakan kuasa vetonya dalam proses menyingkir satu persatu peserta akhir ini. Pelbagai tugasan mencabar perlu disiapkan. Antaranya membasuh 100 helai seluar dalam lelaki yang telah diperam selama 3 bulan, melakukan aksi drift di litar sepang dan bagi memilih pemenang tunggal,cabaran terakhir yang perlu diselesaikan adalah me’nackle’ dato’ yang mempunyai misai dan kening tebal….Pemenang utama akan menandatangani kontrak bersama Pantun selama 80 tahun (selagi hayat dikandung badan). Nantikan ujibakat rancangan ini di pasar borong berdekatan anda. Maklumat lanjut di www.syampupantun_antiketombe.com

GANGSTERZ

Lagik realiti TV….10 jejaka gagah diperlukan.Peserta yang dipilih mestilah mempunyai hati kering bagi melayakkan anda memegang title ‘GANGSTER NO.1’. Aksi kecut perut perlu dilakukan seperti menggigit tayar lori hingga pancit, bertarung dengan 3 ekor singa dalam masa 5 minit,mencabut bulu kaki dan dada sendiri menggunakan kuku jari masing2 dan bermacam2 lagi perkara yang angker. Rancangan ini dihoskan oleh Mama Juwie dan juri terdiri dari Osman Kering, Jaafar Onn dan bintang daripada Indonesia,Inul Darasista sebagai juri tetap. Sesi ujibakat akan dijalankan di pusat pinjaman wang along berhampiran anda. Sila bawa bersama gambar ukuran passport dengan gaya paling bengis serta tukul besi dan kuku kambing (bagi warga Indonesia berketurunan Madura,anda digalakkan mebawa kerambit, permit kerja jangan lupa bawa ya pak).

ANUGERAH SKRIN PECAH ‘07

Sekali lagi peminat pasti tertunggu anugerah terulung tanah air pada tahun ini. Kali ini akan membawa 1001 kelainan kerana Syarikat Pelita Nasi Kandar berbesar hati menjadi penaja utama anugerah tahun ini. Pastinya anugerah2 seperti Lakonan Paling Kaku dan Lighting Man Terbaik menajdi tumpuan Tema pakaian pada tahun ini adalah ala-ala mamak dan yang paling menarik,trofi kali ini berbentuk replika sekeping papadem yang ranggup!!Antara artis yang akan membuat persembahan pada mlm itu ialah Kumpulan Kompang Felda New Zealand, Pasukan Kabbadi yang didatangkan khas dari Madras dan ramai lagi.Acara gilang gemilang ini akan dihoskan oleh M. Rajinikandh dan Puspavathy Ramaloo (dr Unit Berita TV3) dan penterjemah bahasa adalah Encik Mahadzir Lokman.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel