Skandal

Untuk beberapa tahun,Ahmad telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Sutinah.Suatu hari, Sutinah memberitahu Ahmad yang dirinya mengandung.

Ahmad yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutinah balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana. Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun.

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad menyuruh Sutinah supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan “Mee Bandung” dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti.Ahmad akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti.

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur suaminya dengan muka yang keliru.“Bang, abang dapat poskad yang peliklah hari ni,” kata Norzalina.“Oh, tak pe, bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,” kata suaminya.Norzalina pun memberi poskad itu kepada suaminya dan melihat suaminya membaca poskad tersebut, terus muka Ahmad bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!

Poskad itu berbunyi.
“Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!”

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel