Kisah Hari Gaji
Selasa, 5 Mei 2015
Edit
Hari gaji!!!!!!
Ku parking SYM bersebelahan BMW scooter yg penunggang dan pemboncengnya dgn full face masih dikepala memandang ku. Ahhh lantak hari ini hari gaji aku harus cepat ke mesin ATM. Kutinggalkan isteri yg mahu ke tandas..
Ahhhh.. . isi petrol penuh SYM ku yg kebetulan mesin ATM berada di stesen minyak. Setelah pembayaran di kaunter berdesup petrol masuk ke tangki VTS dan berdesup juga meter minyak mencanak ke F.
Ku lihat melalui cermin sisi SYM ku, BMW sooter tadi mengekoriku. Ahhh ni mesti nak merompak duit gaji aku ni berkata dalam hati. Ku pulas minyak semakin laju dan kulihat BMW tu pun semakin laju sambil pemboncengnya yg berjaket hitam menunjuk nunjuk kearah ku.
Adoiiiii....SYM nak lawan BMW gila. Lalu aku cuba menyelinap masuk ke lorong secara tiba tiba untuk mengelakkan dikejar BMW. Tapi BMW tu masih mengejar dan membunyikan pulak honnya berkali kali.
Ceh secara tiba tiba dah beriringan pulak SYM ku ini dgn BMW. Dan pembonceng belakangnya membuka full face dan menjerit kearah ku....
"Bang bang!!!!! Isteri abang tertinggal kat stesen minyak tadi!!!!!!!".......