Menukarkan Isteri dengan Unta

SEORANG lelaki dan isterinya bercuti ke sebuah negara di Timur Tengah. Seorang Syeikh yang kaya secara kebetulan melihat mereka dan tertarik dengan kecantikan sang isteri. Syeikh tadi telah jatuh cinta pada si isteri lelaki tadi, dan meminta kepada sang suami, "Apakah anda mahu menukarkan isteri anda dengan 500 ekor unta?"
Sang lelaki berfikir selama beberapa minit, kemudian menjawab, "Tidak, maaf anda tidak boleh memiliki isteri saya. Isteri saya bukan untuk dijual."
Sang Syeikh itu kemudian pergi meninggalkan mereka dengan kecewa. Sang isteri merasa senang dengan jawapan sang suami, lalu bertanya, "Kenapa awak tidak rela menjualku kepada Syeikh tadi? "
"Oh, tadi aku sempat berfikir sebentar, agak mustahil kerana tidak dapat melakukannya...aku tidak mendapati cara untuk membawa pulang 500 ekor unta dari sini ke negara kita."

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel